IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Posted by HAIRUDDIN ABDULLAH | 3:26 AM |

Salam sejahtera ! Apa khabar ! Sihat ! Bahagia ! Tenang ! Gembira ! dan SIHAT selalu .. Baru beberapa hari lepas saya dan Dr Main dari USM ke Pulau Pangkor untuk menganjurkan satu kursus Mengenal Personaliti Diri dan Membina Kuasa Minda untuk jurulatih , tenaga pengajar dan staf Pusat Latihan Keda. Yang hebatnya , 2 minggu sebelum aku mendapat tahu akan diadakan satu kursus di Pulau Pangkor , aku ada terlihat satu dokumentari di TV1 tentang percutian di Pulau Pangkor. Dalam hati hanya terdetik , best juga ya kalau dapat pi Pulau Pangkor. Akhirnya , impian menjadi kenyataan bila ada satu kursus diadakan di sana.

Program bersama jurulatih , tenaga pengajar dan Staf Latihan Keda lebih menjurus kepada bagaimana mengenal personaliti diri dan orang lain melalui lukisan projektif. Peserta didedahkan dengan bagaimana personaliti seseorang boleh dikenali melalui lukisan secara spontan. Pelbagai jenis lukisan telah didedahkan oleh Dr Main Rindam seoarang pakar penganalisis personaliti melalui lukisan.

Program diadakan di Puteri Bayu Resort . Aku dan Dr Bertolak dari Penang jam 11 pagi dan sampai tepat jam 2.15 petang. Sebaik sampai Puan Hajah Noraini telah pun menanti didepan jetty menantikan ferri akan berlepas jam 2.45. Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar. Sampai disana kami terus dibawa dengan van ke hotel. Jam 4.30 petang kami memulakan aktiviti dengan sedikit taklimat ringkas program dan suai kenal dan terus diambil oleh Dr Main dengan memulakan aktiviti dengan lukisan pertama . Nampaknya peserta yang melukis dapat menyedari tentang apa yang Dr sebutkan itu ada juga yang kena pada diri mereka.

Aktiviti malam diteruskan dengan beberapa lukisan lagi dan aku ambil part sikit je buat latihan fokus dan tumpuan serta membantu peserta membawa gelombang minda beta ke alpha. Ia adalah sebagai satu latihan awal yang asas.

Esok dimulakan jam 6.30 pagi semua berkumpul ditepi pantai. Dimulakan dengan sesi meditasi dan melafazkan syukur kepada ALLAH dan Dr Main mengambil sesi membuat senaman ringan yang cukup berkesan. Pada hari kedua kami meneruskan fokus kepada penghuraian lukisan demi lukisan sehinggalah sesi malam. Sesi malam ditutup dengan sesi recall.

Kemudian di hari ketiga seperti bisa aktiviti bermula jam 6.30 pagi , regangan badan sambil duduk kemudian sesi pagi diteruskan dengan aku mengambil sedikit peluang untuk menerangkan proses bagaimana membuat konsentrasi minda dan membantu minda memasuki alam bawah sedar. Sesi tamat jam 1.00 tengahari selepas setiap seorang tampil kehadapan memberi komentar serba sedikit. Jam 3.00 petang diadakan majlis penutup dimana telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar KEDA , En Satar Mohd Yusof.

Kami berangkat pulang pada jam 4.30 petang dan menaiki ferri pada jam 5.00 petang. Alhamdulillah semua aktiviti berjalan lancar . Jadi itulah salah satu aktiviti aku selain menjalankan perniagaan Network Marketing.

.....................................................

Apa pun program tersebut banyak memberi pengajaran , pengalaman , maklumbalas yang baik untuk aku terus memperbaiki diri.

Ok lah . nak sambung buat kerja lagi ... jumpa lagi