PERSEKITARAN KEHIDUPAN

Posted by HAIRUDDIN ABDULLAH | 8:56 PM |

Salam ! Apa khabar.. Blog ini masih baru lagi dan blog ini ditulis hanya untuk tatapan diri sendiri , luahkan idea sendiri dan mengisi ruang kosong jika ada. Namun jika ada yang membacanya terima kasih .

Adakah anda kini selesa dengan persekitaran kehidupan anda. Jika melihat persekitaran di rumah , kawasan tempat tinggal anda , masyarakat anda dan bagaimana sejarah persekitaran sewaktu kita membesar dahulu di zaman kanak-kanak dan remaja.

Hari ini just nak kongsikan sedikit persekitaran kehidupan aku masa kanak-kanak dan remaja. Ya! aku melihat persekitaran kehidupan aku masa kecil cukup happy. Bermain dengan rakan-rakan jiran seperti Amin , Hisham , Apis itu yang dekat-dekat dengan rumah aku . Memancing ikan puyu di parit sebelah rumah aku , main permainan kampung seperti gasing , galah panjang , layang-layang selain main Badminton , Bola sepak dan pingpong. (Nanti aku ceritakan kisah aku main Badminton , Bola Sepak dan Ping Pong dan kaitannya dengan motivasi kejayaan ). Ketika di sekolah menengah aku dah mula menolong atuk aku ke kebun getah untuk membantunya mengutip buku getah. Pernah di sengat penyegat dan tabuan , susu getah tumpah kat rambut dan sebagainya. Selain itu aku dan rakan-rakan kampung mandi dalam parit beramai-ramai. Bila ada motor atau basikal lalu , kami pun menyorok dan menyelam ... Ha ha ,, apa la yang dibuat budak-budak tu...

Masa musim buah durian ke , duku ke , langsat ke , manggis ke dan rambutan , wah tu yang syok. Aku pi kutip buah durian , panjat pokok manggis petik buah manggis , petik langsat untuk dijual di gerai-gerai tepi jalan. Boleh la juga duit dan bagi dua dengan atuk kerana pokok-pokok tu berada di tanah atuk. Masa sekolah menengah juga aku dah boleh menoreh pokok getah. Sebelum ke sekolah belah petang sempat juga aku menoreh getah. Dapat duit bagi dua dengan atuk. Arwah bapak aku pun menoreh juga tapi aku menoreh di satu kebun yang atuk aku tak larat nak noreh lagi. Atuk aku ada 4 tempat kebun getah. Arwah bapak menoreh di 2 kebun dan masa aku lepas STPM aku menoreh di satu kebun lagi.

Macam-macam peristiwa berlaku masa menoreh getah sorang-sorang dalam kebun getah tu. Namun apa pun ianya benar-benar menjadi satu kenangan manis buat aku sekarang.

Dari segi kepimpinan dan keyakinan diri aku banyak terdidik dengan aktiviti-aktiviti di Surau Kampung aku di Kampung Parit Payung. Biasanya masa sekolah dulu rendah dan masuk menengah , lepas je solat jumaat aku bergegas terus ke surau belajar main kompang dengan abang-abang pemuda di sana. Disanalah setiap minggu hari jumaat kami main kompang dan akhirnya selalu ikut mereka bermain kompang untuk majlis-majlis perkahwinan orang-orang kampung. Lepas main kompang kami balun main bola sampai Maghrib. Itulah rutin kami di kampung.

Kalau time puasa , pernah juga dulu dengan Hisham main meriam buluh. Sanggup bulan-bulan puasa pi masuk hutan tebang pokok buluh NAMUN aku tetap maintain puasa. Memang letih. Pernah kami main meriam buluh sampai pecah lampu rumah si Hisham tu. Jadi kami berlawan dengan geng-geng kampung. Kemudian pernah juga main perang-perang masa malam hari guna mercun lidi namanya. Kalau difikirkan memang gila kerja tu. Masuk dalam semak-semak macam askar dan tembak lawan diseberang jalan guna mercun lidi. Pernah ada masuk rumah orang , ada kena telinga anak orang tapi Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kemudian bila dah nak ujung-ujung Ramadhan kami satu kampung sibuklah pasang lampu 7 lekor.

Itulah kehidupan-kehidupan dan persekitaran kehidupan aku masih kanak-kanak dan remaja. Dari cerita ini aku akan kupas satu persatu isu yang boleh dijadikan pengajaran dan semangat untuk membina sebuah kehidupan yang berkualiti dan bahagia.

Ha ha , memang best zaman kanak-kanak dan remaja. Kalau bab main punya la main sakan namun aku rasa sejak dari kecil memang aku ada semangat nak yang terbaik dalam apa sahaja aku ceburi. Dan sebenarnya persekitaran inilah yang membentuk cara pemikiran , gaya kehidupan , tabiat dan kematangan dalam mengadun rempah kehidupan.

Apa pun aku masih ingat masa aku darjah 1 aku pernah curi makan betik yang nak dihantar kat orang belakang , he he .. Tapi sejak dari Darjah 1 sampai sekarang kira aku puasa penuh tak pernah ponteng sehari . Syukur Alhamdulillah.

Ok la setakat itu dulu kisah cerita zaman kanak-kanak yang aku akan terus sorot lagi sebagai satu kisah kehidupan aku dari zaman kanak-kanak hingga aku masuk universiti dalam Fasa 1 meneroka ruang lingkung kehidupan dalam mencari dan membina kekuatan dan motivasi diri untuk hari ini..

Sekian Dulu