RUMAH KAMPUNG

Posted by HAIRUDDIN ABDULLAH | 2:34 PM | ,

Assalamualaikum dan salah sejahtera ! Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rahmat dan peluang untuk kita meneruskan kehidupan dengan rasa yang tenang dan aman dibumi yang digalaskan satu amanah besar kepada khalifahnya. Hari ini dah masuk hari kelima puasa , sekejap sahaja rasanya satu pusingan minggu pertama meninggalkan kita dan hanya tinggal 3 minggu lagi. Namun sepanjang 5 hari berlalu ini , telah membuatkan aku termenung seketika dan seolah-olah semua aktiviti kerjaku seperti 'Jem'. Jadi sambil-sambil menyusun dan mengemaskini kerja aku pun ambil masa mengemas rumah dan membuat lukisan rumah di kampung. He he... Beberapa hari ini juga membuat muhasabah diri tentang pencapaian dan kemana langkah seterusnya dunia kehidupan aku.



Hah! Begitula hasil koje aku lukis rumah guna corel draw , ketika otak agak buntu mencari idea . Nilah rumah kampung aku tempat dimana anak desa di lahirkan dan dibesarkan sehingga umur 18 tahun sebelum berhijrah ke Penang belajar di USM dan terus menetap di sana. Banyak kenangan pahit manis kat rumah ini. Biasanya seminggu sebelum raya aku dan adik beradikku akan cat pagar rumah yang warna biru tu. Habis sekeliling rumah aku cat. Mula pagi lepas tu berhenti sampai tengahari terus LEPAK keletihan dan sambung lagi lepas asar. Bila buka puasa dekat setengah jug la air habis aku minum. InsyaALLAH tahun ni raya di kampung di Muar pulak.

Ok lah , aku ingat aku berhenti disini dulu . Nanti ada peluang aku ceritakan sikit cerita jiran aku di sebelah rumah aku diseberang parit yang ada disebelah rumah aku . Teringat masa aku pi menoreh getah , petik buah manggis , kutip buah durian , petik buah langsat , makan buah duku atas pokok , mandi kat parit sebelah rumah aku dan macam-macam kenangan di desa yang sentiasa menggamit kenangan manis dan menjadi satu sejarah kehidupan aku.

Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan cemerlang. Hah! Aku ni tengah dok cari Tema utama untuk blog Catatan Anak Desa ni , semoga ada arah dan halatuju yang lebih jelas selain mesej yang hendak disampaikan.

Ok Semoga jumpa lagi

Hairuddin Abdullah Almuari