POSITIF SETIAP HARI

Posted by HAIRUDDIN ABDULLAH | 8:22 PM | ,

Salam sejahtera ! Hari ini aku dok rumah jer pagi ni , mengemaskini fail-fail yang ada dalam LAPTOP aku ni , buang mana-mana yang patut , pindahkan mana-mana yang patut dan pelihara mana-mana yang patut. Banyak benda yang masuk dalam laptop ni sampai penuh dan slow jadinya. Jadi nak bagi EMPOWER balik laptop ni kena la dikemaskinikan segala maklumat-maklumat yang ada dalam ni.Mana yang dah tak diperlukan dibuang sahaja atau disimpan menjadi back up.

Baru ni ada juga jengok-jengok laptop kecil saiz 8.9'. Menarik juga untuk buat travel , InsyaALLAH ada rezeki boleh beli.


Macam tu la otak kita , telah dimasukkan banyak maklumat sejak dari kita dilahirkan hinggalah dewasa ini. Yang dah terbenam jauh kedalam tu memang susah juga nak dibuang tetapi boleh dibuangnya. Kalau ia POSITIF memang bagus tetapi kalau NEGATIF tu yang kena cepat-cepat buang takut jadi satu DAYA penghalang pulak nanti untuk kita melakukan sesuatu.

Kita perlu BINA SISTEM KEPERCAYAAN yang Positif dan sentiasa Positif setiap hari. Kadangkala dalam otak kita telah ditanamkan dengan unsur-unsur negatif. Tengok surat khaba , buka televisyen , dengar radio , baca majalah , dengar celoteh rakan-rakan kadangkala hampir 70% kehidupan seharian kita di selubungi dengan cerita dan berita-berita negatif.

Jangan asyik fikir tak boleh , susah , tidak ada pengalaman , tak pandai , tak reti , tak pernah lakukan dan sebagainya. Hah! inilah musuh utama yang menghalang dari kita maju dan terus maju kehadapan. Aku pun kekadang terfikir macam tu juga , tetapi tak boleh jadi , aku kena lawan dan lawan untuk hapuskan dan hancurkan dari segenap urat nadi salur darah aku.

Jadi sebagai posting pertama ini , aku pasti akan membuat "Mind Setting" , ke arah mana blog yang aku nak tulis ini , apakah matlamat mesej positif yang perlu aku sampaikan kepada diri aku sendiri setiap hari dan ia sudah tentu memerlukan keberanian , ketekunan dan keyakinan dalam memacu sebuah IMPIAN BESAR untuk aku kecapi dari semasa kesemasa.

Ya lah , kalau difikirkan aku ni seorang anak desa namun aku bersyukur dan berterima kasih kepada tuhan kerana Allah telah memberi jalan yang baik untuk aku bertemu dengan rakan-rakan yang baik-baik , rakan-rakan yang mempunyai fikiran matang dan hebat serta aku sering mendapat 'luck' bertemu dengan rakan-rakan yang dapat sama-sama memberi manfaat kepada aku.

Aku yakin aku seorang yang berani , aku seorang yang kreatif , aku seorang yang yakin , aku seorang yang rajin , aku seorang yang mampu mencapai impian , aku seorang yang baik dan aku seorang yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain . Yes ! Pasti aku akan lakukan. Mesti berfikir positif setiap hari , berani berimpian besar dan mencapainya dan menjadi seorang yang berhati waja.

Baiklah , aku fikir setakat ini dulu .. Lontaran pertama aku. Nanti ada idea dan ruang waktu aku coret lagi untuk tatapan bacaan aku sendiri juga... Kepada rakan-rakan yang berminat nak berkenalan atau bertukar link dengan aku boleh la kita bertukar-tukar maklumat.

Sekian

Anak Desa