SALAM PERKENALAN

Posted by HAIRUDDIN ABDULLAH | 7:09 AM | , , , ,

Salam Perkenalan dan Selamat Datang ke Blog Catatan Anak Desa.
Nama Aku Hairuddin B Abdullah. Aku di lahirkan di Kampung Parit Amat , Jalan Temenggong Ahmad , Muar Johor , Hari Isnin di Subuh hari. Nama Ayah aku Abdullah B Ahmad dan kembali ke Rahmatullah pada 9 Jun 1996 di ketika aku menyambut ulangtahun kelahiran ku.

Setelah melalui pelbagai rencah dan cabaran kehidupan aku mengambil keputusan untuk memulakan CORETAN Minda , Perasaan dan Isi Hati di ruangan blog ini. Sekarang penggunaan blog dalam menyampaikan mesej , pemikiran , ideologi , maklumat dan ilmu cukup berkesan. Jesteru blog ini akan dipaparkan dengan penulisan dan gambaran yang meliputi perasaan , pemikiran , pandangan , rasa hati , peringatan untuk diri sendiri dalam merentasi pelbagai aspek kehidupan baik sosial , agama , perniagaan , kehidupan , cabaran dan sebagainya.

Aku telah memulakan penulisan blog ini ketika aku memulakan perniagaan MLM aku iaitu perniagaan MLM bersama Syarikat Smart Naco. Dari situ aku memulakan coretan ini dan aku dapati bahawa aku memerlukan satu blog yang lebih personal sifatnya dan bebas ruang pemikirannya. Blog yang terdahulu hanya akan berfokus kepada bidang keusahawanan dalam konteks keusahawanan MLM.

Aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Parit Bakar , Tengah Muar dan bersekolah menengah hingga ke Tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota , Muar dan akhirnya impian untuk menjejakkan kaki ke Universiti Sains Malaysia tertunai pada tahun 1995. Setelah keluar aku bekerja sementara sebelum memulakan perniagaan kecil-kecilan dalam bidang perkhidmatan Latihan dan Motivasi bersama rakan karibku Dr Main Rindam dan usaha perniagaan itu masih aktif hingga kini.

Jesteru itu , izinkan aku coretkan buah fikiran dalam pelbagai hal dan ruanglingkup kehidupan agar kita dapat sama-sama bertukar-tukar fikiran. Semoga blog ini menjadi satu catatan perjalanan kehidupan ku yang lebih bermakna di masa-masa akan datang. Hari ini 29 Ogos 2008 , 2 hari lagi negara akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51 dan 3 hari lagi Umat Islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Setakat ini dahulu catatan pertama aku sebagai MUKADIMAH semangat untuk terus mencoretkan pengalaman kehidupan diatas catatan maya ini. Semoga ia memberi inspirasi terbaik buat diri aku dan sesiapa yang membacanya.

Sekian

Salam Kejayaan

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI